Yesaya 45:23-25 (AVB) Aku sudah bersumpah demi diri-Ku, firman yang benar telah Kusampaikan sendiri dan tidak akan ditarik kembali: sesungguhnya, setiap lutut akan bertelut kepada-Ku dan setiap lidah akan bersumpah setia.
Tentang Aku orang akan berkata, ‘Hanya dalam TUHAN ada perbenaran dan kekuatan.’ Semua orang yang marah kepada-Nya akan datang menghampiri Dia dan mendapat malu.
Dalam TUHAN semua keturunan Israel akan dinyatakan benar dan akan bermegah.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ada pembenaran dan kekuatan" Nabi Yesaya menyampaikan kata-kata TUHAN tentang diri-Nya bahawa hanya di dalam TUHAN ada pembenaran dan kekuatan. Jadi bukanlah sebab usaha manusia menjadi benar dan kuat tetapi kerana TUHAN sendiri yang melakukan pembenaran itu, kita tahu Dia lakukan melalui Tuhan Yesus. Siapa yang diberi kurnia iman untuk percaya kepada Tuhan Yesus akan dibenarkan (Roma 1:17). Mari kita belajar bahawa hanya di dalam TUHAN ada pembenaran dan kekuatan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.2.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment