Yesaya 53:6-7 (AVB) Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua. Dia dianiaya dan ditindas, tetapi dia tidak membuka mulutnya. Seperti anak domba yang dibawa untuk disembelih, seperti domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya, maka dia tidak membuka mulutnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak membuka mulut" Nabi Yesaya meneruskan perkataan tentang hamba yang menderita itu, bagi kita Dia ialah Tuhan Yesus. Kali ini hamba itu tidak membuka mulut maksud tidak berkata-kata, begitulah keadaan Tuhan Yesus ketika disoal dan difitnah di hadapan imam agung dan ketua permerintah pada masa itu, sebab kalau pun Dia membuka mulut orang tidak mahu mendengar. Mungkin kita pernah mengalami keadaan seperti itu tidak dapat membuka mulut, tetapi kebenaran perlahan-lahan diketahui juga selepas itu. Mari kita belajar tidak membuka mulut ketika suatu situasi yang tiada ada yang mahu mendengar kita. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.14.2.2024. Happy Valentine's day.

Comments

Popular Posts