Yesaya 48:4-5 (AVB) Aku tahu bahawa engkau degil. Tengkukmu berurat besi dan dahimu daripada tembaga. Itulah sebabnya Aku memberitahukanmu sejak dahulu. Sebelum hal itu terjadi Aku mengkhabarkannya kepadamu, supaya engkau tidak berkata, ‘Berhalaku yang melakukannya. Patung ukiranku dan patung tuanganku yang memerintahkannya.’ Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Patung ukiranku dan patung tuanganku" Bangsa yang dipimpin oleh Yosua masuk tanah perjanjian sekitar abad 12-14 SM sangat cepat meniru cara orang Kanaan menyembah patung ukiran dan patung tuangan. Ini dibuktikan dengan penemuan patung kecil oleh para arkeologi yang membuat pengalian di perkampungan mereka, pada zaman Yosua. Inilah yang tegur oleh nabi Yesaya bahawa TUHAN sendiri yang memberi tahu apa yang berlaku di kemudian hari, supaya rakyat tidak mengatakan patung ukiranku dan patung tuanganku yang berkata demikian. Tuhan Yesus sudah memberi tahu kesudahan zaman supaya kita percaya kepada-Nya. Mari kita belajar mempercayai nubuatan Alkitab dan tidak kepada patung ukiranku dan patung tuanganku. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.2.2024

Comments

Popular Posts