Yesaya 56:7 (AVB) mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Rumah doa" Ingat lagi ketika Tuhan Yesus memarahi orang yang berjual beli di halaman bait suci di Yerusalem dan memetik ayat ini, bahawa rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa (Matius 21:13). Dalam konteks pada zaman kita gereja sebagai tempat berdoa segala bangsa dan diri kita sendiri bait suci tempat tinggal Roh TUHAN (1Korintus 3:16). Mari kita belajar supaya menjadikan rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.2.2024.

Comments

Popular Posts