Yesaya 52:13-14 (AVB) Sesungguhnya, hamba-Ku akan bertindak bijaksana. Dia akan ditinggikan, dijunjung, dan sangat dimuliakan.
Sebagaimana ramai orang tercengang melihat dia – begitu rosak rupanya sehingga tidak seperti manusia lagi dan susuknya tidak seperti anak manusia lagi.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Rosak rupanya" Ada sarjana menafsir ayat ini bercakap rupa Tuhan Yesus selepas diseksa oleh askar Roma sebelum Dia disalipkan. Tidak hairan kalau tidak sampai sehari wafat di kayu salip sebab kehabisan darah. Luka pada tubuh menyebabkan rosak rupanya tidak seperti rupa manusia. Begitulah menderita hamba Tuhan yang digambarkan oleh nabi Yesaya. Mari kita belajar menghargai hamba Tuhan yang menderita itu sehingga rosak rupanya demi kita. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.2.2024
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment