Yeremia 1:4-5 (AVB) Firman TUHAN datang kepadaku demikian,
“Sebelum Aku membentuk engkau dalam kandungan, Aku telah mengenal engkau, sebelum engkau keluar dari rahim, Aku telah mentahbiskan engkau. Aku telah melantik engkau sebagai nabi kepada bangsa-bangsa.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sebelum Aku membentuk engkau dalam kandungan" TUHAN memberitahu nabi Yeremia bahawa sebelum dia dibentuk dalam kandungan ibunya TUHAN sudah memilih dan mentahbis dia menjadi nabi, mungkin inilah maksud ditakdirkan, walaupun bukan semua perkara yang berlaku dalam hidup kita ditakdirkan tetapi kita percaya ada kuasa TUHAN dalam kehidupan kita yang membawa kebaikan dalam diri kita sendiri. Tuhan Yesus juga sudah ditentukan kelahiran dan pelayanan-Nya. Mari kita belajar percaya bahawa sebelum Aku membentuk engkau dalam kandungan kita sudah diberi panggilan khusus, tinggal lagi dikembangkan dan diasah supaya berguna. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.2.2024.
Salam takziah kepada keluarga Pdt Daniel Oduhou atas pemergian bapa mereka Pdt Oduhou Korong.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment