Yesaya 44:17-18 (AVB) Kayu yang selebihnya dibuatnya jadi berhala, iaitu patung ukirannya, lalu dia sujud menyembah dan berdoa kepadanya, katanya, “Tolonglah aku, kerana engkaulah tuhanku.”
Orang seperti itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak mengerti apa-apa. Mata mereka tertutup sehingga tidak dapat melihat dan hati mereka tertutup sehingga tidak dapat memahami apa-apa.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hati mereka tertutup" Nabi Yesaya menyampaikan pesan TUHAN kepada para penyembah patung kayu buatan tangan mereka sendiri, bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa, mata tertutup tidak dapat melihat dan hati tertutup tidak memahami apa-apa. Tuhan Yesus juga berhadapan dengan rakyat dengan hati mereka tertutup, sudah melihat apa yang Dia lakukan tetapi masih lagi hati tertutup untuk menerima bahawa Dia ialah penyelamat. Mari kita belajar supaya tidak seperti rakyat yang hati mereka tertutup. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.2.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment