Yeremia 3:15-16 (AVB) Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku. Mereka akan menggembala kamu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.
Pada waktu itu, apabila kamu bertambah ramai dan beranak cucu di negeri ini,” demikianlah firman TUHAN, “orang tidak lagi akan menyebut, ‘Tabut perjanjian TUHAN.’ Itu tidak akan timbul dalam hati dan tidak akan diingat-ingat lagi. Orang tidak akan mencarinya atau membuatnya lagi.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku" Kehidupan rakyat yang menyembah tuhan-tuhan lain memerlukan gembala-gembala yang mengajar supaya mereka kembali kepada TUHAN, nabi Yeremia menyampaikan pesan TUHAN bahawa suatu hari nanti apabila rakyat bertambah ramai 'Tabut perjanjian TUHAN' tidak disebut lagi, kerana ada gembala-gembala yang mengajar mereka. Tuhan Yesus gembala-gembala yang baik itu. Mari kita belajar bahawa Tuhan Yesus ialah gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku itu dengarkan dan patuhi Dia. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 1.3.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment