Yesaya 64:8-9 (AVB) Tetapi sekarang, ya TUHAN, Engkaulah Bapa bagi kami. Kamilah tanah liat dan Engkaulah tukang tembikar. Kami semua memang hasil buatan tangan-Mu. Janganlah murka sedemikian hebat, ya TUHAN, dan janganlah mengingati kesalahan kami untuk selama-lamanya. Oh, semoga pandanglah, kami semua ialah umat-Mu. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tukang tembikar" Nabi Yesaya memanjatkan doa bagi rakyat bahawasanya TUHAN seperti tukang tembikar dan Bapa mereka, memohon supaya TUHAN tidak murka sedemikan hebat dan mengingat kesalahan selama-lamanya. Tuhan Yesus penyataan kasih TUHAN kepada manusia supaya bertaubat daripada kejahatan dan menerima Dia sebagai kebenaran membentuk mereka seperti tukang tembikar. Mari kita belajar bahawa TUHAN ialah Bapa kita seperti tukang tembikar membentuk dan menjadikan kita berguna. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 25.2.2024.

Comments

Popular Posts