Yesaya 42:16 (AVB) Aku akan memimpin orang buta di jalan yang belum diketahui mereka. Aku akan membimbing mereka di lorong-lorong yang belum mereka ketahui. Aku akan mengubah kegelapan menjadi cahaya di hadapan mereka dan jalan yang berliku-liku menjadi lurus. Hal-hal itulah yang akan Kulakukan bagi mereka. Aku tidak akan meninggalkan mereka.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mengubah kegelapan manjadi cahaya" Nabi Yesaya menyampai pesan kepada rakyat bahawa TUHAN akan menyelamatkan mereka, mengubah kegelapan manjadi cahaya. Walaupun susah mana sekali pun keadaan TUHAN boleh mengubah menjadi baik. Tuhan Yesus menang atas kegelapan yang dihadapi-Nya, sebab itu Dia diberi kemulian oleh Bapa. Mari kita belajar bahawa TUHAN mengubah kegelapan manjadi cahaya kemenangan bagi kita, bertabahlah buat sementara. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 3.2.2024.

Comments

Popular Posts