Yesaya 57:13 (AVB) Apabila engkau berseru-seru, biarlah kumpulan berhalamu melepaskan engkau. Mereka semua akan diterbangkan angin, akan dilenyapkan oleh hembusan nafas. Tetapi siapa yang berlindung kepada-Ku akan mewarisi negeri ini dan memiliki gunung-Ku yang suci.” Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kumpulan berhalamu" Penemuan arkeologi patung-patung berhala di penempatan orang Israel menyokong kenyataan Alkitab bahawa rakyat memiliki patung-patung berhala yang mereka tiru dari bangsa Kanaan, berulang kali ditegur oleh TUHAN melalui para nabi supaya tidak berbuat demikian. Kumpulan berhala itu tidak dapat bertahan dan memang tidak boleh berbuat apa-apa. Tuhan Yesus mengulangi gesaan supaya menyembah TUHAN yang satu ketika Dia mengajar rakyat (Markus 12:29). Mari kita belajar bahawa Kumpulan berhalamu tidak boleh diharap kecuali TUHAN. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 18.2.2024.

Comments

Popular Posts