Yesaya 65:17-18 (AVB) “Sesungguhnya, Aku akan menciptakan langit yang baru dan bumi yang baru. Hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi dan tidak akan timbul lagi dalam hati. Tetapi bergiranglah dan bergembiralah untuk selama-lamanya atas apa yang akan Kuciptakan, kerana sesungguhnya, Aku akan menciptakan Yerusalem menjadi suatu kegembiraan dan penduduknya suatu kegirangan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Langit baharu dan bumi baharu" TUHAN sendiri mengatakan kepada nabi Yesaya bahawa Dia akan menciptakan langit baharu dan bumi baharu. Kemudian dalam penglihatan Yohanes murid Tuhan Yesus melihat langit dan bumi yang baharu itu (Wahyu 21:11). Tuhan Yesus yang menciptakan itu bagi kita yang percaya kepada -Nya. Mari kita belajar hidup bukan semata-mata kehidupan di bumi yang ada sekarang tetapi untuk kehidupan di langit baharu dan bumi baharu itu. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 26.2.2024.

Comments

Popular Posts