Yesaya 61:8-9 (AVB) kerana Aku, TUHAN, mencintai keadilan, dan membenci perampasan serta kezaliman. Aku akan memberi mereka upah dengan benar dan mengikat perjanjian yang kekal dengan mereka. Keturunan mereka akan terkenal di antara bangsa dan anak cucu mereka dalam kalangan suku bangsa. Semua orang yang melihat mereka akan mengakui bahawa mereka memang keturunan yang diberkati TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Keturunan yang diberkati TUHAN" Nabi Yesaya bernubuat tentang keturunan yang diberkati TUHAN siapa mereka itu? mereka yang dibenarkan oleh TUHAN. Teologi pembenaran sudah ada sejak zaman nabi Yesaya lagi cuma tidak diajar atau tidak difahami. Tuhan Yesus telah membenarkan kita seperti yang ajar oleh Paulus (Roma 3:21-31). Sebab itulah kita menjadi keturunan yang diberkati. Mari kita belajar bahawa kitalah keturunan yang diberkati sebab dibenarkan oleh Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.2.2024.

Comments

Popular Posts