Yesaya 58:6-7 (AVB) Bukan begitu. Bukankah puasa yang Kukehendaki adalah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kefasiqan dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau melepaskan orang yang tertindas sebagai orang merdeka dan mematahkan setiap kuk? Bukankah supaya engkau berkongsi rotimu dengan orang lapar dan membawa orang miskin yang terbuang ke rumahmu – apabila engkau melihat orang telanjang, engkau memberi dia pakaian, dan tidak menyembunyikan diri daripada darah dagingmu sendiri? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Puasa yang Kukehendaki" TUHAN menegur puasa yang dilakukan oleh rakyat walaupun mereka melakukan dengan tekun tetapi bukan itu puasa yang TUHAN mahu, supaya mereka melepaskan kefasikan, memberi makanan kepada orang miskin, melepaskan orang tertindas dan sebagainya. Tuhan Yesus datang memberi pembebasan orang tawanan dan membebas orang tertindas (Lukas 4:19). Musim doa dan puasa gereja susah tiba mari kita belajar puasa yang Kuhendaki. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.2.2024.

Comments

Popular Posts