Yesaya 43:5-7 (AVB) Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Aku akan membawa keturunanmu dari timur dan menghimpun engkau dari barat. Aku akan berfirman kepada utara, ‘Berikanlah!’ dan kepada selatan, ‘Jangan tahan!’ Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi, iaitu semua orang yang disebutkan dengan nama-Ku, yang Kuciptakan untuk kemuliaan-Ku, yang Kubentuk, dan yang Kujadikan.” Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Disebutkan dengan nama-Ku" Nabi Yesaya menyampai pesan TUHAN kepada rakyat bahawa TUHAN akan memanggil mereka dari Timur, Barat, Utara dan Selatan sebagai milik-Nya mereka yang disebutkan nama-Nya, kitalah itu yang disebutkan nama-Nya, walaupun bukan suku Israel. Tuhan Yesus yang telah memanggil kita dari seluruh dunia menjadi milik TUHAN. Mari kita belajar kitalah yang disebutkan dengan nama-Ku itu. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 4.2.2024.

Comments

Popular Posts