Yesaya 54:9 (AVB) “Bagi-Ku hal ini seperti air bah pada zaman Nuh. Sebagaimana Aku bersumpah bahawa air bah pada zaman Nuh tidak akan melanda bumi lagi, demikianlah Aku bersumpah bahawa Aku tidak akan murka lagi kepadamu atau mengherdik engkau.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seperti air bah" Ingat lagi air bah pada zaman Nuh, selepas surut air bah TUHAN berjanji tidak akan memusnahkan bumi dengan air bah lagi, pelangi di langit tanda janji itu (Kejadian 9:8-17). TUHAN berjanji tidak akan murka dan mengherdik orang Israel lagi. Tuhan Yesus datang supaya janji itu berlaku kepada semua bangsa kalau menerima Injil. Mari kita belajar seperti air bah tidak berlaku lagi kepada kita selagi Injil Kristus menjadi keyakinan kita. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 15.2.2024
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment