Yesaya 41:10-11 (AVB) Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.’ Sesungguhnya, semua orang yang marah kepadamu akan menjadi malu dan mendapat aib. Orang yang berbantah-bantah dengan engkau akan menjadi seperti tidak ada dan binasa. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan takut" Nabi Yesaya menguatkan rakyat supaya mereka jangan takut dengan ancaman perang di sekeliling sebab TUHAN berserta, menguatkan dan menolong mereka. Tuhan Yesus berserta kita sebab itu tidak jangan takut melakukan kebaikan, pelayanan, pembangunan dan sebagainya. Mari kita belajar jangan takut sebab TUHAN berserta kita. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 2.2.2024.

Comments

Popular Posts