Yesaya 51:4-5 (AVB) Berikanlah perhatian dan lihat Aku, wahai umat-Ku! Pasanglah telingamu, wahai bangsa-Ku! Penghakiman akan keluar daripada-Ku dan Aku menetapkan keadilan-Ku menjadi cahaya bagi bangsa-bangsa. Perbenaran daripada-Ku sudah dekat, penyelamatan daripada-Ku sudah terbit, dan tangan-Ku akan menghakimi bangsa-bangsa. Pulau-pulau menantikan Aku, mereka mengharapkan tindakan tangan-Ku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pulau-pulau menantikan Aku" Sekali lagi TUHAN mengulangi gagasan kepada pulau-pulau iaitu bangsa-bangsa bahawa penyelamatan akan datang kepada mereka, kitalah bangsa-bangsa itu. Tuhan Yesus pernah menjadikan pusat misi di Kapernaum kota bangsa-bangsa (Markus 1:21). Mari kita belajar bahawa pulau-pulau menantikan Aku di seluruh bumi tidak terhenti di sini. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.2.2024.

Comments

Popular Posts