Yesaya 59:21 (AVB) “Mengenai Aku, inilah perjanjian-Ku dengan mereka,” demikianlah firman TUHAN. “Roh-Ku yang ada padamu dan firman-Ku yang Kutaruh di dalam mulutmu tidak akan hilang daripada mulutmu, daripada mulut keturunanmu, dan daripada mulut keturunan mereka mulai sekarang untuk selama-lamanya,” demikianlah firman TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Roh-Ku yang ada padamu" TUHAN membuat perjanjian kepada bani Yakub yang bertaubat menerima penebus yang akan datang itu bahawa Roh TUHAN menaruh firman dalam mulut mereka tidak akan hilang turun temurun, sehingga sampai kepada kita hari ini dan diteruskan kepada keturunan kita. Tuhan Yesus Dialah penebus yang dijanjikan oleh TUHAN. Mari kita belajar bahawa Roh-Ku yang ada padamu tidak akan hilang turun temurun selama-lamanya kalau kita menerima penebus yang dijanjikan itu. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.2.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment