2 Samuel 24:2-3 (TB)  Lalu berkatalah raja kepada Yoab dan para panglima tentara yang bersama-sama dengan dia: "Jelajahilah segenap suku Israel dari Dan sampai Bersyeba; adakanlah pendaftaran di antara rakyat, supaya aku tahu jumlah mereka."
Lalu berkatalah Yoab kepada raja: "Kiranya TUHAN, Allahmu, menambahi rakyat seratus kali lipat dari pada yang ada sekarang, dan semoga mata tuanku raja sendiri melihatnya. Tetapi mengapa tuanku raja menghendaki hal ini?"

https://alkitab.app/v/7a33eb76caed

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang raja Daud membuat pengiraan penduduk dalam kerajaannya. Sebenarnya bukan sekali rakyat dikira, Musa sendiri pernah melakukan perkara yg sama malahan dua kali dia lakukan. Kenapa pula kali ini perbuatan mengira penduduk menyebabkan murkah Tuhan Allah Bapa kita di Surga?. Dikatakan dalam fasal ini, 70 ribu rakyat jelata terbunuh disebabkan penyakit sampar yg Tuhan telah adakan sebab murkah dengan perbuatan mengira rakyat jelata. Agak agak kenapa Tuhan murkah? Mungkin niat raja Daud yg tidak berkenan kepada Tuhan Bapa kita di Surga, iaitu mula terbit bibit bibit mengandalkan kekuatan manusia dalam kerajaanya berbanding mengandalkan kekuatan Tuhan itu sendiri. Masih ingat lagi kenapa Lusifer di buang dari Surga? Sebab dia cuba menyamakan dirinya dengan Tuhan Bapa kita di Surga. Dosa berat kalau kita cuba mengagungkan diri kita sendiri. Pernah kita cuba mengagungkan diri sendiri? Terasa lebih pandai daripada orang lain sebab sudah dipuncak pengetahuan, terasa lebih suci daripada orang lain sebab mempunyai kelebihan tertentu dalam kerohanian. Atau terasa lebat sebab telah menjadi kaya raya, atau sudah menjadi pemimpin dunia atau pemimpin gereja. Mari kita bertaubat kalau ada bibit bibit pengagungkan diri sendiri dalam hidup kita. Ingat baik baik Tuhan Bapa kita di Surga tidak berkenan dengan sikap demikian. Tuhan Yesus dalam kemanusiaanNya pun tidak pernah mengagungkan diriNya sendiri, itu sebab kita tidak menemukan laungan khotbah Tuhan Yesus mengistiharkan dirinya adalah Tuhan. Tetapi Dia membahasakan diriNya Anak Manusia. Sebab dalam kemanusiaanNya Dia mengosongkan diri supaya seperti manusia seperti kita. Jadi mari kita belajar mengosongkan diri kita dan bersandar kepada kekuatan Roh Kudus dalam hidup kita, supaya tidak timbul bibit bibit pengagungan diri sendiri.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 2.9.19 Kudat.

Comments

Popular Posts