1 Raja-raja 11:1-3 (TB)  Adapun raja Salomo mencintai banyak perempuan asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het,
padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah berfirman kepada orang Israel: "Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan mereka pun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka." Hati Salomo telah terpaut kepada mereka dengan cinta. 
Ia mempunyai tujuh ratus isteri dari kaum bangsawan dan tiga ratus gundik; isteri-isterinya itu menarik hatinya dari pada TUHAN.

https://alkitab.app/v/c811f1325bcd

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kisah tentang raja Salomo yg mempunyai begitu ramai  isteri,  bukan 5 atau 10, tetapi 1000 orang isteri iaitu 700 isteri dan 300 gundik. Memang raja Salomo mendahului raja raja yg pernah hidup di dunia, agak agak bagaimanalah raja mengenal isteri dan anak anaknya. Oleh sebab raja Salomo tidak dapat mengawal keinginan terhadap wanita, dia jatuh dalam dosa penyembahan kepada allah lain selain TUHAN orang Israel. Apa juga kenginan kalau sudah menjauhkan kita daripada TUHAN akan menyebabkan kita berdosa. Mari kita berhati hati dengan semua keinginan, cita cita, aktiviti, pesta, dan sebagainya, jangan sampai menjadikan kedudukan Tuhan Yesus nombor dua dalam hidup kita. Kalau dalam setahun tidak pernah lagi datang beribadah mungkin sudah ada tanda tanda  menjauhi TUHAN. Tuhan Yesus dalam pelayananNya tidak pernah tersasar melaksanakan misiNya iaitu memberitakan Kerajaan TUHAN,  Dia melupakan semua keinginan manusiaNya termasuk makan dan minum, tidur, berehat, kawin, pangkat dan sebagainya demi misiNya. Mari kita bertaubat kalau kita masih lagi  bertuhankan keinginan diri sendiri, jangan sampai kita kehilangan hidup yg kekal di Surga hanya kerana sibuk melayan hobi, perniagaan, pekerjaan kita dan sebagai. Belum terlambat untuk bertaubat sekaranglah waktunya kembali kepada Tuhan Yesus. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 15.9.19 KK.

Comments

Popular Posts