1 Raja-raja 9:10-11 (TB) Setelah lewat dua puluh tahun selesailah Salomo mendirikan kedua rumah itu, yakni rumah TUHAN dan istana raja.
Oleh karena Hiram, raja Tirus, telah membantu Salomo dengan kayu aras, kayu sanobar, dan emas, sebanyak yang dikehendakinya, maka pada waktu itu raja Salomo memberikan kepada Hiram dua puluh kota di negeri Galilea.
https://alkitab.app/v/6448e3305b27
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi cerita tentang beberapa lagi kejayaan usaha raja Salomo, antaranya adalah membina kapal laut. Kejayaan raja Salomo adalah hasil kerjasama dengan raja Hiram. Emas dan kayu kayaan yang diperlukan oleh raja Salomo adalah sumber dari negara raja Hiram malahan kepakaran mengendalikan kapal kapal laut yg dibuat oleh raja Salomo pun dari raja Hiram. Kita dapat bayangkan begitu erat persahabatan mereka. Beruntung raja Salomo mempunyai sahabat seperti raja Hiram. Sukar dicari sahabat seperti ini. Ingat lagi semasa kita membina rumah atau gereja kita atau apa saja projek yg kita buat, mesti ada seseorang yg menjadi penyokong kuat kita. Mereka sebenarnya utusan Tuhan bagi menjayakan sesuatu projek, itulah cara Tuhan membantu kita. Atau dalam masa yg sama kita pula utusan Tuhan bagi menjayakan sesuatu projek orang lain. Itulah yg kita sebut saling memberkati. Jadi mari kita belajar menghargai sumbangan mereka, seperti raja Salomo menghargai pertolongan raja Hiram dengan memberi 20 kota. Banyak itu 20 kota. Mari kita bertaubat kalau masih tidak pandai menghargai pertolongan orang lain terhadap kejayaan sesuatu projek yang kita buat, atau jawatan yg kita inginkan. Tuhan Yesus pun sangat menghargai para pengikutNya dengan memberi jaminan bahawa mereka akan bersama Tuhan Yesus di Surga. Puji Tuhan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com. 11.9.19 Kota Kinabalu.

Comments
Post a Comment