1 Raja-raja 7:1-2 (TB) Salomo mendirikan istananya sampai tiga belas tahun lamanya, barulah selesai seluruh istananya itu.
Ia mendirikan gedung "Hutan Libanon", seratus hasta panjangnya dan lima puluh hasta lebarnya dan tiga puluh hasta tingginya, disangga oleh tiga jajar tiang kayu aras dengan ganja kayu aras di atas tiang itu.
https://alkitab.app/v/234a431e5927
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah raja Salomo membina istananya, dikatakan selama 13 tahun masa diambil untuk membina. Dibuat dari kayu hutan Libanon. Tidak pasti apa istemewanya kayu dari sana. Mungkin kalau di tempat kita kayu bulien. Wow memang hebat. Biasanya seseorang pemimpin ada panggilan untuk membina sesuatu yg kelihatan, sebab itulah tanda era kepimpinannya. Agak agak dalam era kepimpinan kita, ada tak sesuatu yg telah kita bina? Mungkin ada yg menjadi pemimpin gereja atau masyarakat selama 20 tahun, 30 tahun dan sebagainya. Cuba toleh kebelakang sekejap apa yg sudah kita bina? Tuhan Yesus dalam pelayananNya yg singkat, hanya 3 tahun, walapun tidak membina bangunan yg kelihatan tetapi Dia telah membina kerajaan Tuhan Bapa kita di Surga dengan jayanya di bumi. Kesannya sampai pada hari ini, kerajaanNya masih ada, terus kukuh, terus mengubah dunia. Dimana ada kerajaan Tuhan Yesus, pasti negara itu berubah, maju, aman, rakyat sihat, menjaga alam sekitar dan sebagainya. Cuba tengok negara yg tiada kerajaan Tuhan Yesus apa yg terjadi, peperangan, tiada damai sejahtera, tidak cukup makanan, pemusnahan alam dan sebagainya. Negara kita Malaysia masih makmur sebab ada 10% penduduknya mengusahkan damai sejahtera. Puji Tuhan, agak agak kalau pupus 10% itu apa yg terjadi? Mari kita bertaubat kalau selama ini dalam kepimpinan kita masih tidak ada sesuatu yg kelihatan hasilnya, dari mula kita menjawat jawatan itu sampai hari ini tiada perubahan. Belum terlambat untuk melakukan sesuatu, paling tidak kita bina rumah kita sendiri, itu pun cukup hebat sudah.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 9.9.19 Kudat.

Comments
Post a Comment