1 Raja-raja 15:9-12 (TB)  Dalam tahun kedua puluh zaman Yerobeam, raja Israel, Asa menjadi raja atas Yehuda.
Empat puluh satu tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama neneknya yang perempuan ialah Maakha, anak Abisalom.
Asa melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti Daud, bapa leluhurnya.
Ia menyingkirkan pelacuran bakti dari negeri itu dan menjauhkan segala berhala yang dibuat oleh nenek moyangnya.

https://alkitab.app/v/ad060bdaab01

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang lagi raja Yehuda iaitu raja Asa, dikatakan dia melakukan perkara yg  benar dimata TUHAN. Tahniah raja Asa. Setelah puluhan tahun rakyat melakukan kejahatan tiba tiba muncul seorang raja yg melakukan hukum Taurat. Raja Asa memecat neneknya sendiri dari jawatan ibu suri sebab dia membuat patung Asyera. Raja Asa juga menyingkirkan pelacor bakti di kuil kuil. Demikian seriusnya raja Asa melakukan kehendak TUHAN. Tuhan Yesus dalam pelayananNya pun tidak berkompori dengan sesiapa termasuk ahli keluargaNya yg cuba menghalang pelayanNya. Hari ini kita macam mana? Boleh bertegas dengan kehendak Tuhan atau berkompromi atas sebab nama keluraga, perniagaan, politik, pangkat, harta dan sebagainya. Tuhan Yesus mengatakan kalau kamu tidak dapat mengasihi Aku melebihi keluarga mu, kamu tidak dapat mengikuti Aku. Mari kita bertaubat kalau kita tidak dapat menjadi Tuhan Yesus TUHAN ke atas seluruh hidup kita. Ingat berkompori dengan dosa sama dengan melakukannya,  menyakiti hati TUHAN. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 17.9.19 KK.

Comments

Popular Posts