2 Raja-raja 6:15-17 (TB) Ketika pelayan abdi Allah bangun pagi-pagi dan pergi ke luar, maka tampaklah suatu tentara dengan kuda dan kereta ada di sekeliling kota itu. Lalu berkatalah bujangnya itu kepadanya: "Celaka tuanku! Apakah yang akan kita perbuat?"
Jawabnya: "Jangan takut, sebab lebih banyak yang menyertai kita dari pada yang menyertai mereka."
Lalu berdoalah Elisa: "Ya TUHAN: Bukalah kiranya matanya, supaya ia melihat." Maka TUHAN membuka mata bujang itu, sehingga ia melihat. Tampaklah gunung itu penuh dengan kuda dan kereta berapi sekeliling Elisa.
https://alkitab.app/v/a890510fd396
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah rumah nabi Elisa dikepung oleh tentera raja Aram yg ingin menangkapnya, sebab Elisa telah mengagalkan rancangan raja Aram yang ingin menyerang orang Israel dengan memberi tahu raja Isreal semua rancangan raja Aram. Dikatakan pembantu nabi Elisa sangat ketakutan ketika melihat mereka telah dikepung. Tetapi nabi Elisa berdoa dan mata rohani pelayan itu dapat melihat bala tentera Surga yg lebih besar bersama dengan mereka berbanding tentera Aram. Tentera Aram tidak berjaya menangkap Elisa sebab mata mereka dibutakan. Kita pun selalu seperti pelayan nabi Elisa, perlu mata rohani dibukakan. Supaya kita dpt melihat kuasa TUHAN yg menyertai kita lebih kuat daripada kuasa dunia dan masalah yg kita sedang hadapi. Mari kita berdoa memohon agar mata rohani kita dibukakan, supaya kita ada keyakinan, keberanian dan kekuatan dalam hidup kita. Tidaklah asik asik kecewa, putus asa, takut, melarat dan sebagainya sebab kita buta secara rohani. Tuhan Yesus sudah mengirim Roh Kudus untuk menguatkan kita, membimbing kita, mengilhamkan kita dan sebagai. Jadi jangan sekali kali tunduk kepada cabaran, masalah, kekuatiran dan sebagainya, kita hanya perlu membuka mata rohani. Amin. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 30.9.19 KK.

Comments
Post a Comment