1 Raja-raja 17:18-20 (TB) Kata perempuan itu kepada Elia: "Apakah maksudmu datang ke mari, ya abdi Allah? Singgahkah engkau kepadaku untuk mengingatkan kesalahanku dan untuk menyebabkan anakku mati?"
Kata Elia kepadanya: "Berikanlah anakmu itu kepadaku." Elia mengambilnya dari pangkuan perempuan itu dan membawanya naik ke kamarnya di atas, dan membaringkan anak itu di tempat tidurnya.
Sesudah itu ia berseru kepada TUHAN, katanya: "Ya TUHAN, Allahku! Apakah Engkau menimpakan kemalangan ini atas janda ini juga, yang menerima aku sebagai penumpang, dengan membunuh anaknya?"
https://alkitab.app/v/e7b9e3f994c2
Shallom semua,bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi kisah seorang nabi yg bernama Elia, antara nabi yg terkenal dalam Alkitab, cuma sayang dia tidak menulis kitabnya. Dikatakan dalam bab ini nabi Elia berada di rumah seorang janda yg telah memberi dia makan dan minum ketika kebuluran melanda akibat hujan tidak turun. Tiba tiba pula anak janda itu meninggal. Janda itu pula menyalahkan Elia sebab menyangka Elia pembawa hukuman dari TUHAN. Begitulah reaksi pertama kebanyakan orang Kristian apa bila ditimpa masalah. Mereka menyangka itu adalah hukuman atau ujian daripada TUHAN, ada juga yg menyalah TUHAN sebab dia fikir tidak adil bagi dia, sebab selama ini dia melayani dengan setia. Seperti kisah janda yg telah memberikan semua makanan kepada nabi Elia. Tetapi anaknya pula meninggal. Benarkah kesusahan yg kita hadapi daripada TUHAN? Tidak, malahan Tuhan Bapa kita di Surga menolong kita, menyembuhkan kita, memulihkan hidup kita, memberi kebahagian kepada kita dan sebagainya. Ingat lagi tugas Roh Kudus yg dikatakan oleh Tuhan Yesus, Dia adalah Roh Penghibur, Penolong, menginsafkan dan sebagainya. Tuhan Yesus datang supaya kita memperolehi hidup dan hidup yg berkelimpahan. Anak janda itu dihidupkan semula oleh TUHAN, sebab TUHAN mengasihi janda itu dan anaknya. Puji Tuhan. Dosalah menyebabkan kesusahan dalam dunia ini. Mungkin kita cakap saya tidak engkar kehendak TUHAN, tetapi manusia lain macam mana?. Kita hidup dalam planet yg sama, apa saja perbuatan manusia akan memberi kesan kepada semua manusia. Tengok jerebu sekarang ini, negara lain penyebab jerebu, kita juga terkesan. Kita tidak mabuk ketika memandu, tetapi orang lain mabuk ketika memandu dan melanggar kita. Mari kita bertaubat kalau masih melakukan dosa saban hari, ingat baik baik kesan dosa itu menular kepada anak, isteri, jiran, masyarakat, gereja, negeri, negara dan dunia kita. Mari kita belajar bertanggungjawab.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 19.9.19 KK.

Comments
Post a Comment