2 Raja-raja 1:2-3 (TB)  Pada suatu hari jatuhlah Ahazia dari kisi-kisi kamar atasnya yang ada di Samaria, lalu menjadi sakit. Kemudian dikirimnyalah utusan-utusan dengan pesan: "Pergilah, mintalah petunjuk kepada Baal-Zebub, allah di Ekron, apakah aku akan sembuh dari penyakit ini."
Tetapi berfirmanlah Malaikat TUHAN kepada Elia, orang Tisbe itu: "Bangunlah, berangkatlah menemui utusan-utusan raja Samaria dan katakan kepada mereka: Apakah tidak ada Allah di Israel, sehingga kamu ini pergi untuk meminta petunjuk kepada Baal-Zebub, allah di Ekron?

https://alkitab.app/v/081f42abc3b9

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang raja Ahazia raja Israel yang jatuh sakit. Dia meminta petunjuk daripada Baal-Zebub sama ada dia sembuh atau tidak. Inilah yg ditegur oleh TUHAN, oleh sebab raja tidak memohon kesembuhan daripada TUHAN akhirnya raja Ahazia meninggal akibat penyakitnya itu. Penyakit memang isu yg tidak pernah selesai bagi manusia dan penyakitlah penyumbang kepada kematian terbesar manusia. Tetapi perlukan manusia jatuh sakit dulu untuk mati? Tidak bolehkah mati dengan aman tanpa penyakit?. Tuhan Yesus dalam pelayananNya telah menyembuhkan ramai manusia yg sakit  pada masa itu.Tetapi selalunya apabila manusia jatuh sakit mereka tidak berdoa  memohon kesembuhan daripada TUHAN. Malahan semakin menjauhi TUHAN dan ada yg menyalahkan TUHAN.  Seperti raja Ahazia yang tidak mencari TUHAN. Hari ini pun kepercayaan mencari kesembuhan daripada penyakit masih pelbagai ragam. Mari kita bertaubat kalau masih mencari kesembuhan dari alam mestik atau daripada ritual keagamaan tertentu atau mengambil ubat ubatan tanpa nasihat doktor dan sebagainya. Paling tidak pergilah hospital kerajaan sebab saya percaya hospital kerajaan adalah wakil tangan TUHAN untuk memberikan kesembuhan. Puji Tuhan. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 25.9.19 KK.

Comments

Popular Posts