2 Raja-raja 5:12-13 (TB)  Bukankah Abana dan Parpar, sungai-sungai Damsyik, lebih baik dari segala sungai di Israel? Bukankah aku dapat mandi di sana dan menjadi tahir?" Kemudian berpalinglah ia dan pergi dengan panas hati.
Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadanya: "Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? Apalagi sekarang, ia hanya berkata kepadamu: Mandilah dan engkau akan menjadi tahir."

https://alkitab.app/v/6a679e880141

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang Naaman pengawai tentera Aram sembuh dari penyakit kusta. Dikatakan Naaman sembuh atas perintah nabi Elisa  mandi di sungai Yordan. Walaupun pada mulanya Naaman kecil hati kerana nabi Elisa tidak pun menyentuh atau bertemu dengan dia. Lepas itu disuruh pula mandi di sungai Yordan yg tidak sebaik sungai sungai di negara Naaman. Tidak pasti kenapa nabi Elisa berbuat begitu, begitu juga Tuhan Yesus ketika menyembuhkan seseorang pelbagai cara. Ada yg terus di suruh pulang dan dalam perjalan ada kesembuhan terjadi, ada yg hanya menyentuh hujung juba Tuhan Yesus dia sembuh ada yg dicalit tanah yg diludahi oleh Tuhan Yesus kemudian di suruh mandi dan banyak lagi cara yg digunakan. Tetapi bukan cara yg menyembuhkan tetapi kuasa TUHAN yg menyembuhkan melalui kepatuhan kepada perintah TUHAN atau para hambaNya. Apa yg penting adalah kuasa TUHAN dinyatakan dan orang yg disembuhkan itu percaya kepada TUHAN. Itu yg penting dan itulah tujuan mukjizat kesembuhan. Puji Tuhan. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 29.9.19 Kudat.

Comments

Popular Posts