1 Raja-raja 16:23-25 (TB)  Dalam tahun ketiga puluh satu zaman Asa, raja Yehuda, Omri menjadi raja atas Israel dan ia memerintah dua belas tahun lamanya. Di Tirza ia memerintah enam tahun lamanya.
Kemudian ia membeli gunung Samaria dari pada Semer dengan dua talenta perak. Ia mendirikan suatu kota di gunung itu dan menamainya Samaria, menurut nama Semer, pemilik gunung itu.
Omri melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan ia melakukan kejahatan lebih dari pada segala orang yang mendahuluinya.

https://alkitab.app/v/f2d78d1f4655

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi satu lagi kisah raja Israel yg bernama Omri, dikatakan dia telah membeli satu gunung dari seorang yg bernama Semer, kemudian raja Omri membina kota di gunung itu yg dinamakanya Samaria bersempena nama pemilik asal gunung itu. Siapa sangka gunung yg tidak ada apa apa telah menjadi kota yg terkenal malahan menyamai nama kota Yerusalem pada zaman itu. Siapa yg memiliki tanah berbukit jangan rasa kecewa sebab kalau diusahakan pasti membuahkan hasilnya seperti gunung Samaria. Hari ini bermunculan nama bukit diserata tempat sebab kita semakin menyedar keindahan ciptaan TUHAN ketika merada dipuncak bukit malahan sangat berguna sebagai aktiviti fizikal mendaki bukit. Tuhan Yesus dalam pelayananNya pun suka berada dibukit, itu yg kita baca khotbah di bukit, Tuhan Yesus di muliakan di atas gunung dan sebagainya, taman Getsemani yg terkenal itu pun berada di bukit Zaitun. Boleh dikatakan bukit adalah tempat istemewa bagi mereka pada zaman Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Kesepuluh hukum pun diberikan oleh TUHAN di atas gunung Senai.  Mari kita manafaatkan bukit yg ada di tempat kita sebagai tempat istemewa, jadikan tempat berdoa, tempat bersantai, tempat mengadakan aktiviti fizikal dan sebagainya. Siapa tau bukit yg kita usahakan itu menjadi terkenal dan boleh menjana ekonomi masyarakat setempat, seperti gunung Kinabalu. Dari kita saja itu.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 18.9.19 KK.

Comments

Popular Posts