2 Raja-raja 7:8-9 (TB)  Ketika orang-orang yang sakit kusta itu sampai ke pinggir tempat perkemahan, masuklah mereka ke dalam sebuah kemah, lalu makan dan minum. Sesudah itu mereka mengangkut dari sana emas dan perak dan pakaian, kemudian pergilah mereka menyembunyikannya. Lalu datanglah mereka kembali, masuk ke dalam kemah yang lain dan mengangkut juga barang-barang dari sana, kemudian pergilah mereka menyembunyikannya.
Lalu berkatalah yang seorang kepada yang lain: "Tidak patut yang kita lakukan ini. Hari ini ialah hari kabar baik, tetapi kita ini tinggal diam saja. Apabila kita menanti sampai terang pagi, maka hukuman akan menimpa kita. Jadi sekarang, marilah kita pergi menghadap untuk memberitahukan hal itu ke istana raja."

https://alkitab.app/v/90135d0cc66b

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang kisah para pesakit kusta membawa khabar baik di kota Samaria. Dikatakan dalam fasal ini tentera Aram yg mengepung kota Samaria telah melarikan diri sebab TUHAN membuat mereka mendengar seolah olah bunyi bala tentera yg besar sedang menuju kepada mereka. Mereka sangat ketakutan dan melarikan diri. Mereka meninggalkan semua barang di perkhemahan. Para pesakit kusta yg ada di pintu kota Samaria memberanikan diri pergi ke perkhemahan itu dan mendapati tiada tentera Aram di sana. Kemudian mereka memberi tahu raja dan rakyat di kota Samaria. Ingat lagi kehidupan para pesakit kusta?. Mereka hidup terasing dari keluarga dan masyarakat kota, sebab mereka adalah najis secara hukum agama menurut hukum Taurat. Tetapi dalam kisah ini, mereka pula yg membawa khabar baik. Siapa sangka khabar baik dikhabarkan oleh mereka yg najis. Tuhan Yesus dalam kemanusiaanNya pun bukan berlatarbelakang dari kota dan keluarga yg terpandang. Tetapi khabar baik disampaikan melaluinya. Puji Tuhan. Jadi mari kita bertaubat kalau masih ada sikap memandang rendah terhadap seseorang, hanya kerana latarbelakangnya. Siapa tahu khabar baik akan disalurkan melalui orang itu, seperti para pesakit kusta. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 1.10.19 KK.

Comments

Popular Posts