1 Raja-raja 12:28-30 (TB) Sesudah menimbang-nimbang, maka raja membuat dua anak lembu jantan dari emas dan ia berkata kepada mereka: "Sudah cukup lamanya kamu pergi ke Yerusalem. Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."
Lalu ia menaruh lembu yang satu di Betel dan yang lain ditempatkannya di Dan.
Maka hal itu menyebabkan orang berdosa, sebab rakyat pergi ke Betel menyembah patung yang satu dan ke Dan menyembah patung yang lain.
https://alkitab.app/v/b7bb7a040291
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini tentang kisah raja Yerobeam membuat patung berupa dua ekor anak lembu emas dan mengatakan inilah tuhan yg telah menuntun kamu keluar dari tanah Mesir. Itu pun rakyat percaya dan mula menyembah patung anak lembu itu, satu di Betel dan satu lagi di Dan. Agak agak kalau ada seseorang membuka gereja baru dan mengajar ajaran baru yg mengatakan dia adalah nabi akhir zaman, ada tak orang percaya? Sudah berlaku pun dan memang ramai manusia percaya. Orang Isreal mula jatuh dalam dosa akibat pengaruh raja mereka yg tidak lagi setia dengan TUHAN. Yerobeam telah menjadi raja bagi 10 suku Israel atas pilihan TUHAN, dan raja Rehabeam menjadi raja Yehuda untuk dua suku. Begitulah permulaan kenapa orang Israel mempunyai dua raja, sebabnya adalah dosa penyembahan kepada allah lain. Keluarga kita pun berpecah sebab iman yg berbeza. Terang tidak dapat bercampur dengan gelap. Siapalah yg dapat menyatuhkan manusia dan keluarga kita. Hanya satu iaitu Kasih. Mari kita bertaubat kalau kasih kita semakin pudar, kasih boleh mengubah dunia, kasih umpama mata air hidup di tengah padang pasir. Tuhan Yesus mengatakan kasihilah orang lain seperti kita mengasihi diri kita sendiri. Itulah hukum terutama. Tiada kasih bererti tidak mengikuti ajaran Tuhan Yesus. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 14.9.19 Kudat

Comments
Post a Comment