2 Raja-raja 3:11-12 (TB)  Tetapi bertanyalah Yosafat: "Tidak adakah di sini seorang nabi TUHAN, supaya dengan perantaraannya kita meminta petunjuk TUHAN?" Lalu salah seorang pegawai raja Israel menjawab, katanya: "Di sini ada Elisa bin Safat, yang dahulu melayani Elia."
Berkatalah Yosafat: "Memang padanya ada firman TUHAN." Sesudah itu pergilah raja Israel dan Yosafat dan raja Edom kepada Elisa.

https://alkitab.app/v/b6db25c3c0e4

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah tiga raja keluar menyerang Raja Moab iaitu raja Isreal, raja Yehuda dan raja Edom. Dalam perjalan mereka selama 7 hari, mereka tidak dpt menjumpai air untuk diminum. Mereka pun mencari pentunjuk TUHAN, mereka mencari nabi Elisa. Sebab nabi Elisa dikatakan firman TUHAN ada padanya. Akhirnya TUHAN memberikan air kepada bala tentera ketiga raja itu dan mereka mengalahkan raja Moab. Semasa pelayanan Tuhan Yesus ramai sekali rakyat jelata yg bertanya itu dan ini, sebab mereka yakin Roh TUHAN ada pada Tuhan Yesus. Sebab ada kuasa yg kelihatan bersama sama dengan Dia. Hari ini pun jemaat akan bertanya kepada para hamba Tuhan kalau firman TUHAN ada pada hamba TUHAN itu. Tetapi kalau sebaliknya, mereka tidak akan bertanya. Jadi jangan hairan kalau para hamba TUHAN dikunjungi oleh anggota Jemaat saban hari. Itu petanda yg baik. Mari kita bertaubat kalau tidak pernah bertanya para hamba TUHAN ketika ingin melakukan sesuatu keraian, projek, usaha dan sebagainya. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 27.9.19

Comments

Popular Posts