1 Raja-raja 19:20-21 (TB)  Lalu Elisa meninggalkan lembu itu dan berlari mengikuti Elia, katanya: "Biarkanlah aku mencium ayahku dan ibuku dahulu, lalu aku akan mengikuti engkau." Jawabnya kepadanya: "Baiklah, pulang dahulu, dan ingatlah apa yang telah kuperbuat kepadamu."
Lalu berbaliklah ia dari pada Elia, ia mengambil pasangan lembu itu, menyembelihnya dan memasak dagingnya dengan bajak lembu itu sebagai kayu api; ia memberikan daging itu kepada orang-orangnya, kemudian makanlah mereka. Sesudah itu bersiaplah ia, lalu mengikuti Elia dan menjadi pelayannya.

https://alkitab.app/v/6d6a3bec4639

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Salam takziah atas pemergian Pdt Majaman kepada seluruh keluarga besarnya dan kepada Gereja PCS. Beliau merupakan salah satu pejuang Injil yg setia sampai kegarisan akhir. Damailah dia bersama Kristus di Surga. Hari ini saya mahu berkongsi kisah tentang TUHAN memilih Elisa sebagai penganti nabi Elia. Sikap Elisa sangat positif ketika Elia datang memanggilnya. Dikatakan Elisa menyembelih semua lembu yg sedang digunakan untuk membajak dan kayu kereta lembu digunakan sebagai kayu api untuk memasak daging lembu itu. Ini memberi gambaran bahawa Elisa tidak akan kembali lagi kepada pekerjaannya selepas itu. Dia sudah membulatkan tekad untuk menjadi abdi TUHAN seumur hidup. Ingat lagi para pengikut Tuhan Yesus apa yg terjadi selepas kematian Tuhan Yesus, mereka balik kampung dan kembali semula kepada pekerjaan mereka. Tetapi Tuhan Yesus memanggil mereka semula. Agak agak sudah berapa kali kita hilang fokus terhadap panggilan pelayanan kita, intah untuk kesekian kali Roh Tuhan memanggil dan menguatkan kita semula. Roh Kudus yang setia memanggil dan menunjukkan kita jalan. Puji Tuhan. Mari kita tetap fokus dengan panggilan kita ingat baik baik anda belum terlambat untuk kembali kepangkuan Tuhan Yesus, mari lembutkan hati seperti Elisa berlari mendapatkan Elia, dia gembira dan bersemangat. Begitulah sikap yg kita mahu dalam pelayanan. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita sudah hilang fokus dalam pelayanan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 21.9.19 Kudat.

Comments

Popular Posts