1 Raja-raja 5:2-4 (TB) Lalu Salomo mengutus orang kepada Hiram dengan pesan:
"Engkau tahu bahwa Daud, ayahku, tidak dapat mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahnya, oleh karena musuh-musuhnya memerangi dia dari segala jurusan, sampai TUHAN menyerahkan mereka ke bawah telapak kakinya.
Tetapi sekarang, TUHAN, Allahku, telah mengaruniakan keamanan kepadaku di mana-mana, tidak ada lagi lawan dan tidak ada lagi malapetaka menimpa.
https://alkitab.app/v/5d8f2f13a8f2
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah permulaan raja Salomo membina bait suci di Yerusalem. Dikatakan dia memerlukan sekian banyak kayu dari negara jiranya dan juga batu batu di pergunungan. Seramai 30 ribu pekerja dikera oleh raja untuk melakukan tugas tersebut. Punyalah ramai. Itulah cara manusia zaman silam melakukan sesuatu projek memerlukan ramai pekerjaan. Hasilnya pun luar biasa bagus dan hebatnya. Hari ini pun manusia terus membina sesuatu dan mencipta sesuatu demi memudahkan hidup dan demi kepuasan manusia. Itulah hebatnya manusia yg diciptakan menurut gambar Tuhan Bapa kita di Surga. Tidak seperti ciptaan yg lain yg tidak mampu memajukan diri. Tengok saja sarang burung dari dulu sampai sekarang tetap sama cara burung buat. Tetapi manusia membina rumahnya sudah berubah ubah. Begitu juga rohani kita pun sepatutnya seiring dengan kemajuan, mana boleh dari dulu sampai sekarang tetap sama. Masih darjah satu, sedihkan kalau begitu. Tuhan Yesus pun terus memantapkan pelayanannya bermula di Nazaret kampung halamanya, kemudian seluruh Galiliea kemudian ke selatan di Yerusalem dan seluruh Yudea dan Samaria. Kemudian Dia mengutus para muridNya pergi seluruh dunia. Hari ini adalah masa kita meneruskan pembina empayar kerajaan Tuhan Yesus di tempat kita masing masing iaitu kerajaan kasih dan damai sejahtera, bukan kekerasan atau membawa laungan perang seperti laungan para pejuang kerajaan kegelapan. Kita mempunyai tanggungjawab jawab membawa damai sejahtera dan kasih Tuhan Yesus agar dirasakan dan dpt mengubah hidup seseorang dan boleh saling berhubungan, seperti hubungan raja Salomo dan raja Hiram yg sangat akrab dan boleh bekerja sama. Jadi mari kita bertaubat kalau masih sukar bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan orang lain. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 7.9.19 Kudat.

Comments
Post a Comment