1 Raja-raja 10:1-3 (TB) Ketika ratu negeri Syeba mendengar kabar tentang Salomo, berhubung dengan nama TUHAN, maka datanglah ia hendak mengujinya dengan teka-teki.
Ia datang ke Yerusalem dengan pasukan pengiring yang sangat besar, dengan unta-unta yang membawa rempah-rempah, sangat banyak emas dan batu permata yang mahal-mahal. Setelah ia sampai kepada Salomo, dikatakannyalah segala yang ada dalam hatinya kepadanya.
Dan Salomo menjawab segala pertanyaan ratu itu; bagi raja tidak ada yang tersembunyi, yang tidak dapat dijawabnya untuk ratu itu.
https://alkitab.app/v/39aa2fcc99d4
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya ingin berkongsi tentang cerita ratu Syeba mengunjungi raja Salomo. Dia datang untuk menguji raja Salomo dengan teka teki, teringat kita filem lawak P.Ramlee "Nujum Pak Belakang"😂. Dikatakan semua teka teki ratu Syeba boleh dijawab oleh raja Salomo. Hebat..Ada tak manusia zaman ini yg mampu menjawab semua pertanyaan yg diajukan kepadanya? Dalam pelayanan Tuhan Yesus selama 3 tahun, Dia dihujani oleh pelbagai pertanyaan, Tuhan Yesus pun mampu menjawap dengan memberikan jawapan menurut kebenaran Firman Tuhan. Bukan jawapan putar belit seperti kebiasaan para pemedato zaman ini. Begitu juga yg bertanya tidak bertanya secara putar alam. Jadi kita perlu berterima kasih dengan orang Farisi, Saduki dan Ahli Taurat sebab mengajukan pertanyaan yg tidak putar alam ketika mereka mengajukan pertanyaan kepada Tuhan Yesus. Bersoal jawab memang ada kebaikan kalau dilakukan secara bijaksana, seperti ratu Syeba dan raja Salomo. Jadi mari kita belajar bertanya dan menjawab pertanyaan secara bijaksana. Jangan sampai seperti seseorang yg bertanya kepada saya di mana hospital Likas? walhal orang itu berada dihadapan hospital Likas, saya jawab inilah hospital Likas atau Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah, tetapi dia tidak percaya, dia cakap ini hospital Queen 2. 😂. Ada ramai manusia sukar menerima hakikat Tuhan Yesus adalah Tuhan, tetapi sukar pula membuktikan perbuatan luar biasa Tuhan Yesus itu boleh dilakukan oleh manusia biasa. Mari kita bertaubat kalau masih ragu ragu terhadap ketuhanan Yesus Kristus. Salam damai untuk kita semua.

- ✝ emanuelministry.blogspot.com 12.9.19 KK
Comments
Post a Comment