1 Raja-raja 4:22-24 (TB)  Adapun persediaan makanan yang diperlukan Salomo untuk sehari ialah tiga puluh kor tepung yang terbaik dan enam puluh kor tepung biasa,
sepuluh ekor lembu gemukan dan dua puluh lembu gembalaan dan seratus ekor domba, belum terhitung rusa, kijang, rusa dandi dan gangsa piaraan,
sebab ia berkuasa atas seluruh tanah di sebelah sini sungai Efrat, mulai dari Tifsah sampai ke Gaza, dan atas semua raja di sebelah sini sungai Efrat; ia dikaruniai damai di seluruh negerinya,

https://alkitab.app/v/a362e611d553

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya mahu berkongsi tentang cara raja Salomo mengurus negaranya. Dikatakan dia telah melantik 12 ketua daerah seluruh negara Isreal pada masa itu. Salah satu tugas ketua daerah adalah menyediakan keperluan makanan di istana raja selama satu bulan secara bergilir, maksudnya satu bulan satu daerah yg menyediakan makanan. Tidak pasti di istana raja kita berapa keperluan harian mereka. Adakah ditanggung oleh kerajaan atau tidak. Tapi itu bukan persoalannya, persoalanya ialah bagaimana kerajaan mengurus keperluan raja, para pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat keseluruhanya supaya tiada yg mati kebuluran. Pernah anda terfikir tentang makan dan minum rakyat dalam naungan pentadbiran kita? Anggota jemaat kita? Para gembala kita? Mesti tidak pernahkan, sebab kita yakin tahulah mereka mengurus soal makan dan minum mereka. Kita bersyukur di Malaysia sebab belum ada yg mati kebuluran. Itu tandanya kerajaan kita berjaya mengurus keperluan rakyat dengan bijaksana. Tahniah juga para ketua daerah yg berjaya mengurus daerah masing masing. Tuhan Yesus dalam masa pelayananNya selama 3 tahun, dikatakan murid muridNya tidak pernah mengadu tidak cukup makanan. Hebatkan pasukan pelayanan Tuhan Yesus. Gereja kita pula macam mana ada yg mengadu tidak cukup makanan ketika melayani, atau para gembala kita ada yg tidak cukup makanan? Boleh diusulkan dalam Senoda kalau ada gembala yg kekurangan makanan, apa sebabnya. Mari kita belajar saling memberi supaya tiada yg membazir makanan dan tiada yg kekurangan makanan. Didik anak anak kita menghargai makanan dengan tidak membazir makanan dan belajar memberi. Itulah pentingnya mengadakan sekali sekala berpuasa, supaya kita belajar mengawal diri. Tidaklah asik makanan saja dalam fikiran kita. Tetapi makan dan minumlah agenda utama kalau ada acara gereja, betulkan, sampai boleh berselisih faham para pemimpin dan anggota jemaat. Pernah berlaku dalam jemaat kita?
 Lebih baik kita bertaubat kalau masih berselisih faham soal makan dan minum. Mari kita belajar teologi ketika makan, iaitu mengingati Tuhan Yesus ketika kita makan dan minum. Kita ini milik Tuhan Yesus, bukan lagi milik hawa nafsu dengan makan dan minum secara berlebihan, sebab ketika kita makan dan minumlah kita kenal siapa kita. Puji Tuhan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 6.9.19 KK.

Comments

Popular Posts