1 Raja-raja 20:13-14 (TB)  Tetapi tiba-tiba tampillah seorang nabi kepada Ahab, raja Israel, serta berkata: "Beginilah firman TUHAN: Sudahkah kaulihat semua orang yang sangat ramai itu? Bahwasanya pada hari ini Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu, supaya engkau tahu, bahwa Akulah TUHAN."
Lalu bertanyalah Ahab: "Dengan bantuan siapa?" Jawabnya: "Beginilah firman TUHAN: Dengan bantuan orang-orang muda pengiring kepala-kepala daerah." Tanyanya pula: "Siapakah yang akan memulai perang?" Jawabnya: "Engkau!"

https://alkitab.app/v/2a84afa35ef1

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi kisah tentang raja Ahab memenangi perang terhadap raja Aram. Dikatakan kekuatan tentera raja Aram jauh lebih kuat daripada raja Ahab. Tetapi TUHAN memberikan kemenangan besar kepada raja Ahad sebab raja Ahab mendengarkan petunjuk TUHAN melalui nabiNya. Itulah peranan para nabi pada masa itu, memang ramai nabi sejak zaman nabi  Samuel memulakan sekolah nabi. Pada zaman kita seminari adalah seperti sekolah nabi. Tetapi ada tak sesiapa yg bertanya para pdt, pst, penginjil dan para pelayan TUHAN, atau ada tak para pdt, pst, panginjil atau pelayan Tuhan berkata sesuatu tentang apa yg patut kita buat. Atau adakan kita mempercayai mereka? Biasanya kita hanya mau dengar perkara yg kita mahu dengar, tetapi perkara yg patut kita dengar kita tidak mahu dengar. Para nabi zaman Alkitab  mereka bercakap perkara yg patut raja itu dengar. Tuhan Yesus pun semasa pelayananNya bercakap kepada rakyat perkara yg rakyat dan para pemimpin patut dengar, bukan perkara yg mereka mahu dengar. Itulah sebab Tuhan Yesus dibenci oleh para pemimpin agama pada masa itu. Agak agak khutbah kita ada yg menyukainya atau membencinya. Mari kita bertaubat kalau masih mengharap dapat mendengar pesan dari para hamba Tuhan perkara yg kita mahu dengar bukan perkara yg patut kita dengar. Jangan sampai kita mengatur khutbah pengkhutbah. Salam damai untuk kita semua
✝ emanuelministry.blogspot.com 22.9.19 Kudat.

Comments

Popular Posts