1 Raja-raja 6:1 (TB) Dan terjadilah pada tahun keempat ratus delapan puluh sesudah orang Israel keluar dari tanah Mesir, pada tahun keempat sesudah Salomo menjadi raja atas Israel, dalam bulan Ziw, yakni bulan yang kedua, maka Salomo mulai mendirikan rumah bagi TUHAN.
https://alkitab.app/v/293c13c91d6a
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita hari ini. Hari ini saya berkongsi cerita tentang raja Salomo memulakan pembinaan rumah Tuhan setelah 480 tahun bangsa Isreal keluar dari Mesir. Punyalah lama. Tuhan Bapa kita di Surga sudah memberi petunjuk pada zaman Musa lagi tentang suatu tempat akan dipilih sebagai pusat penyembahan bangsa Israel. Setelah 480 tahun barulah ia digenapi. Dikatakan selama 7 tahun masa yang diambil oleh raja Salomo untuk membina rumah Tuhan. Akhirnya siap pada tahun ke 11 pemerintahanya. Puji Tuhan, bangunan gereja kita berapa lama baru siap dibina? Itu bangunan fizikal gereja, gereja rohani kita, iaitu diri kita sendiri berapa lama pula masa diambil untuk membinanya? Mungkin ada yg baru memilih tapak, ada yg sudah merata tapak, atau sedang membina fasa akhir gerejanya. Tugas kita membina gereja iaitu diri kita sendiri dan juga bangunan gereja yang kelihatan. Kita melihat pelbagai ragam kehidupan rohani seseorang bergantung pada tahap pembinaan gerejanya. Ada yg membina gereja dengan tapak yg tidak kukuh, sekali badai melanda habis gerejanya ditiup angin. Tetapi ada yg membina gerejanya dengan tapak batu yg kuat, sekali pun badai dan gempa bumi melanda gerejanya masih berdiri tidak mengalami kerosakan. Ada individu yg setia, dari mula kita kenal sampai hari ini dia tetap setia dengan Tuhan Yesus. Itulah gereja yg kukuh, ada dasar iman yg kukuh. Agak agak gereja kita dibina dari asas yg bagaimana?.Mari kita bertaubat kalau masih menggunakan pasir sebagai dasar bangunan gereja kita, campurlah dengan batu dan simen, barulah pasir itu menjadi simen konkret, kuat seperti batu. Tanya diri sendiri siapa dihatimu? Ada Tuhan Yesus? Itulah dasar gereja kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 8.9.19 Kudat.

Comments
Post a Comment