TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah, tunjukkanlah cintamu kepada seorang perempuan yang berzina dan juga dicintai lelaki lain sama seperti TUHAN mencintai orang Israel sungguhpun mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan menyukai kuih-kuih kismis.” Maka aku menebus perempuan itu bagiku dengan harga lima belas syikal perak dan satu setengah homer barli. Hosea 3:1-2 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Perempuan yang berzina" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Hosea, kali ini supaya menebus perempuan yang berzina. Tidak disebut adakah itu Gomer perempuan pelacur yang diambil menjadi isteri oleh nabi Hosea atau perempuan lain. Nabi Hosea melakukan seperti yang perintahkah oleh TUHAN. Itulah gambaran bangsa Israel yang menyembah tuhan-tuhan lain, ibarat perempuan yang berzina, walaupun begitu TUHAN mahu menebus mereka. Tuhan Yesus ialah penebus manusia dari hidup perzinaannya baik secara rohani dan fizikal. Mari kita belajar setia kepada TUHAN sebab kita seperti perempuan yang berzina ditebus oleh nabi Hosea. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 26.6.2024.

Comments

Popular Posts