Ketika kamu membawa santapan persembahan milik-Ku, iaitu lemak dan darah, kamu membawa masuk orang asing yang tidak bersunat hati dan tubuh mereka ke dalam tempat suci-Ku, sehingga mereka mencemarkan Bait-Ku. Kamu mengingkari perjanjian-Ku sehingga segala kekejianmu bertambah. Yehezkiel 44:7 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersunat hati dan tubuh" Nabi Yehezkiel di bawah oleh TUHAN memasuki Bait Suci melalui pintu gerbang sebelah utara kelihatanlah kemuliaan TUHAN memenuhi Bait TUHAN (ay. 4). TUHAN berfirman mereka yang tidak bersunat hati dan tubuh datang kepada-Nya mencemarkan Bait Suci. Tuhan Yesus juga mementingkan sikap hati ketika beribadah, perlulah berdamai dengan orang lain sebelum beribadah (Mat 5:24) itulah sunat hati. Sunat tubuh tidak diajar lagi oleh Tuhan Yesus dan para rasul kepada bukan Yahudi, walaupun begitu kebesihan diri perlu juga diambil kira ketika datang beribadah di gereja sebab sunat tubuh itu tentang kebesihan tubuh. Mari kita belajar supaya ada tanda sunat hati dan tubuh pada diri sebelum memasuki ruang ibadah di gereja. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.6.2024.

Comments

Popular Posts