Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, suatu hal dinyatakan kepada Daniel yang diberi nama Beltsazar. Hal itu benar dan mengenai suatu peperangan yang besar. Dia memahami hal itu dan mendapat pengertiannya melalui penglihatan.
Pada waktu itu, aku, Daniel, sedang berkabung selama tiga minggu penuh. Makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan air anggur tidak masuk ke dalam mulutku, dan aku tidak memakai minyak wangi sama sekali sampai genap tiga minggu penuh.
Daniel 10:1-3
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita berkongsi tentang "Tidak memakai minyak wangi" Pada zaman raja Kores tahun pertama pemerintahannya rombongan pertama pulangnya orang Israel di pembuangan ke Yerusalem, untuk membina semula Bait Suci (2 Taw 36: 22-23). Tidak dinyatakan kenapa Daniel sedang berkabung pada tahun ketiga pemerintahan raja Kores mungkin khabar dari Yerusalem yang tidak menyenangkan, maka berkabunglah Daniel selama tiga minggu tidak makan makanan sedap, tidak minum air anggur dan minyak wangi pun tidak dipakai. Tuhan Yesus mengajar ada masa seseorang perlu berpuasa mungkin sebab berkabung, atau menaikan doa syafaat dan sebagainya sesuai keadaan seseorang, jenis puasa juga pelbagai.
Mari kita belajar puasa atau perkabungan yang paling mudah dilakukan tidak memakai minyak wangi.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment