Setelah imam memasuki tempat suci, mereka tidak boleh keluar dari tempat itu ke pelataran luar sebelum mereka menanggalkan di situ pakaian yang dipakai mereka waktu menyelenggarakan ibadat, kerana segala pakaian mereka itu sememangnya suci. Mereka harus terlebih dahulu memakai pakaian yang lain, yakni pakaian biasa, baru boleh menghampiri tempat yang dibenarkan untuk orang ramai. Yehezkiel 42:14 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pakaian mereka itu sememangnya suci" Penglihatan nabi Yehezkiel tentang rekabentuk dan ukuran Bait Suci serta bilik-bilik di dalamnya bersambung, kali ini bilik-bilik para imam yang sememangnya suci, tempat mereka membawa semua persembahan suci mereka tidak boleh keluar dari biliki itu kalau tidak menukar terlebih dahulu pakaian suci mereka. Tuhan Yesus sudah memanggil semua orang menjadi imam dan dipakaikan pakaian suci, iaitu sikap dan keperibadian kita adalah suci tidak lagi sama seperti orang lain yang tidak memakai pakaian suci. Mari kita belajar bahawa pakaian mereka itu sememangnya suci. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.6.2024. Happy birthday Prayces Akiun Manuel. Tahun kesembilan memperingati gempa bumi yang berlaku di Sabah pada 5.6.2015.

Comments

Popular Posts