Dia membawa aku kembali ke pintu Bait Suci. Tampak air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci ke arah timur, kerana Bait itu menghadap ke timur. Air itu mengalir daripada bahagian bawah sisi kanan Bait Suci, di sebelah selatan mazbah. Kemudian dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang utara dan berputar menuju pintu gerbang luar yang menghadap ke arah timur. Tampak air memancur di sebelah selatan. Yehezkiel 47:1-2 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita berkongsi tentang "Air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci" Penglihatan nabi Yehezkiel bersambung lagi, kali ini dia melihat ada air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci sebelah sisi kanan di selatan mazbah. Mengalirlah air itu semakin jauh semakin dalam sehingga ke laut mati (ay. 8). Sepanjang aliran air itu munculah kehidupan. Mungkin TUHAN sedang mengatakan kehidupan yang sejati mengalir keluar dari Bait Suci di Yerusalem, bagi kita itu berbicara tentang Tuhan Yesus. Tuhan Yesus mengatakan Dia memberi mata air yang memberi kehidupan (Yoh 4:14). Mari kita berlajar bahawa air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci ialah Tuhan Yesus yang memberikan air kehidupan iaitu Roh Kudus kepada kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.6.2024.

Comments

Popular Posts