betisnya daripada besi, kakinya separuh daripada besi dan separuh daripada tanah liat. Lalu Raja Nebukadnezar sujud memberi hormat kepada Daniel. Dia memberikan perintah supaya persembahan dan wangi-wangian diberikan kepadanya. Kata raja kepada Daniel, “Sesungguhnya, Allahmu sememangnya Allah segala allah, Tuhan segala raja, dan Dia menyingkap segala rahsia, kerana engkau telah sanggup menyingkapkan rahsia ini.” Daniel 2:33, 46-47 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "TUHAN segala tuhan" Raja Nebukadnezar mendapat mimpi melihat satu patung besar kepala patung daripada emas, dada dan lengan daripada perak, perut dan paha daripada gangsa, betis daripada besi dan jari kaki campuran besi dan tanah liat, muncul pula batu yang menimpa patung itu dan membelahnya kemudian hancur remuk ditiup angin (ay. 31-35). Daniel membuat tafsiran mimpi raja. Raja sangat takjub kepada Daniel sehingga sujud memberi hormat kepadanya. Seraya berkata TUHAN Daniel Tuhan atas segala tuhan. Daniel telah membawa nama TUHAN dihormati oleh raja yang paling hebat pada masa itu. Tuhan Yesus juga akan dihormati semua yang ada di bumi dan di syurga sujud memberi hormat kepada-Nya (Fil 2:10). Mari kita belajar memberi hormat kepada TUHAN segala tuhan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.6.2024.

Comments

Popular Posts