‘Inilah nama suku-suku itu. Di hujung utara, suku Dan mendapat satu bahagian. Wilayahnya membentang dari timur ke barat, dengan sempadan utara dari dekat jalan Hetlon sampai ke jalan masuk Hamat, terus ke Hazar-Enan di sempadan utara Damsyik dekat Hamat. Bersempadan dengan daerah suku Gad di sebelah selatan membentang dari Tamar sampai ke mata air Meriba dekat Kadesh, lalu berlanjut ke Wadi Mesir sampai ke laut besar. Yehezkiel 48:1, 28 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pembahagian tanah" Kitab nabi Yehezkiel ditutup dengan pembahagian tanah kepada semua dua belas suku Israel tidak ada yang tertinggal, berbanding pembahagian tanah yang dibuat oleh Musa. Tuhan Yesus tidak pernah mengabaikan tempat tinggal kita di bumi apa lagi di syurga (Yoh 14:2). Mari kita belajar TUHAN sudah melakukan pembahagian tanah kepada semua orang untuk diduduki, tiada yang tertinggal atau tidak cukup, kalau berlaku kekurangan tanah itu disebabkan ketidak adilan oleh manusia sendiri. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 11.6.2024.

Comments

Popular Posts