Mari kita kembali kepada TUHAN. Dia telah mencabik-cabik kita, tetapi Dia juga akan menyembuhkan kita. Dia mencederakan kita, tetapi Dia juga akan membalut kita. Setelah dua hari, Dia akan menghidupkan kita, pada hari yang ketiga, Dia akan membangkitkan kita, sehingga kita dapat hidup di hadirat-Nya. Hosea 6:1-2 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pada hari yang ketiga" Selepas beberapa siri amaran hukuman kerana dosa orang Israel, nabi Hosea mengajak orang Israel bertaubat walaupun keras hukuman TUHAN tetapi tetap ada pemulihan, ibarat pada hari ketiga membangkitkan kita. Tuhan Yesus sudah mengenapi pada hari kedua Dia dibalut dan pada ketiga Dia bangkit dari kematian. Kita pun seperti Dia dibangkitkan untuk mendapat hidup yang kekal bersama dengan Kristus (Wah 20:6) Mari kita belajar supaya bertaubat sebab pada hari yang ketiga, Dia membangkitkan kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 29.6.2024.

Comments

Popular Posts