sementara para wakil raja, para penguasa, para pembesar, dan para menteri raja datang berkumpul. Mereka melihat bahawa tubuh ketiga-tiga orang itu tidak terkesan langsung oleh api, rambut di kepala mereka tidak hangus, jubah mereka tidak berubah, dan bau terbakar pun tidak ada pada mereka. Kata Nebukadnezar, “Segala puji bagi Allah yang disembah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego! Dia telah mengutus malaikat-Nya untuk melepaskan hamba-hamba-Nya yang percaya kepada-Nya sehingga berani melanggar perintah raja. Mereka rela menyerahkan tubuh mereka kerana tidak mahu beribadat atau menyembah tuhan mana-mana pun selain Allah mereka. Daniel 3:27-28 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar "Bau terbakar pun tidak ada" Kisah tiga kawan Daniel dicampakkan ke dalam api kerana tidak sujud menyembah patung emas buatan raja Nebukadnezar, tetapi mereka tidak mati malah kesan terbakar atau bau hangus pun tidak ada. Raja sangat kagum dan memuji TUHAN. Ini mukjizat kedua yang TUHAN perlihatkan kepada raja tetapi raja tidak mahu juga menyembah TUHAN Israel menggantikan tuhan-tuhannya. Tuhan Yesus sudah melakukan banyak mukjizat tetapi pemimpin agama malah membunuhnya. Mari kita belajar menyembah TUHAN Israel sebab bau terbakar pun tidak ada mereka yang dicampakkan ke dalam api. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 14.6.2024.

Comments

Popular Posts