Dengarlah firman TUHAN, wahai orang Israel, kerana TUHAN ada sungutan tentang penduduk negeri ini: “Tidak ada kesetiaan, tidak ada kasih, malah juga tidak ada pengetahuan akan Allah di negeri ini. Umat-Ku binasa kerana kurang ilmu pengetahuan. Kerana sedemikian engkau menolak ilmu pengetahuan, maka Aku pun menolak engkau menjadi imam bagi-Ku. Kerana engkau telah melupakan hukum Allahmu, maka Aku pun akan melupakan anak-anakmu. ” Hosea 4:1, 6 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kurang ilmu pengetahuan" TUHAN berfirman melalui nabi Hosea bahawa orang Israel binasa kerana kurang ilmu pengetahuan malah menolak ilmu pengetahuan atau dengan kata lain malas belajar tentang TUHAN sekarang kita panggilan teologi. Syukur gereja kita masih tidak ketandusan anggota jemaah yang mahu belajar tentang TUHAN dan semakin ramai yang mahu belajar. Mereka inilah yang kita harapkan dapat mengajar dan menjadi contoh kepada anggota jemaah supaya mereka sama-sama belajar dan akhirnya bertaubat dari dosa. Tuhan Yesus dikatakan dalam Injil selalu mengajar bukan saja berkhutbah sebab itu Dia dipanggil guru. Mari kita berlajar sebab kita semua kurang ilmu pengetahuan tentang TUHAN dan akan binasa tanpa ilmu pengetahuan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.6.2024.

Comments

Popular Posts