“Pada waktu itu fikiranku waras kembali. Kebesaranku dan kegemilanganku dikembalikan kepadaku demi kemuliaan kerajaanku. Para menteriku dan para pembesarku menjemput aku dan aku dimantapkan kembali dalam kerajaanku, dan keagungan yang luar biasa ditambahkan kepadaku.
Sekarang aku, Nebukadnezar, memuji, meninggikan, dan membesarkan Raja Syurga atas sebab segala perbuatan-Nya benar belaka dan jalan-jalan-Nya adil. Dia sanggup merendahkan orang yang hidup dalam keangkuhan.”
Daniel 4:36-37
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memuji, meninggikan dan membesarkan Raja Syurga" Silang beberapa waktu raja Nebukadnezar bermimpi lagi, tentang dirinya maksud mimpi itu dia dijatuhkan hukuman oleh TUHAN kerana kesombongan, malah selama tujuh tahun hilang kewarasan dan tinggal di padang seperti binatang. Tetapi selepas itu TUHAN memulihkan dia menjadi waras lagi dan kedudukan dikembalikan malah bertambah lagi kekuasaan. Akhirnya raja Nebukadnezar bertaubat dan memuji TUHAN yang disebutnya Raja Syurga.
Tuhan Yesus ialah Raja Syurga itu, yang menginsafkan kita semua agar tidak sombong.
Mari kita belajar memuji, meninggalkan dan membesarkan Raja Syurga buang semua kesembongan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 15.6.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment