‘Apabila kamu membahagi-bahagikan negeri itu menjadi harta pusakamu, wakafkanlah kepada TUHAN sebidang tanah sebagai persembahan khusus yang suci. Panjangnya haruslah 25,000 hasta dan lebarnya 20,000 hasta; seluruh tanah di sempadan itu suci. Daripada bidang tanah itu sediakanlah sebahagian tanah berbentuk empat persegi seluas 500 hasta kali 500 hasta untuk tempat suci, dan di sekelilingnya harus ada padang terbuka selebar 50 hasta. Yehezkiel 45:1-2 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sebidang tanah" TUHAN mengulangi lagi perintah-Nya kepada rakyat Israel di kitab Taurat Musa dalam bab-bab terakhir kita nabi Yehezkiel, tidak pasti adakah mereka mengikut rekabentuk dan tatacara yang disebut ini ketika Bait Suci kedua dibina semula selepas pembuangan. Salah satu yang disebut sebidang tanah untuk para imam dan orang Lewi mengelilingi Bait Suci kemudian tanah untuk raja bersempadan tanah para imam dan orang Lewi di sebelah Timur dan Barat (ay. 6-7). Pada zaman Tuhan Yesus rumah para imam tidak jauh dari Bait Suci kita tahu sebab ketika Dia dibawa kepada rumah Imam Besar terletak di Yerusalem (Mrk 14:53). Hari ini sebaik-baiknya rumah gembala jemaah di dalam kawasan tanah gereja sebab itu penting gereja mempunyai kawasan tanah sendiri yang khas tidak boleh didirikan rumah jemaah. Mari kita belajar menyediakan sebidang tanah untuk TUHAN untuk memudahkan pembagunan di masa akan datang. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 8.6.2024.

Comments

Popular Posts